ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 23 April 2013

PANAS!! Penyokong PAS Mengganas, Pukul Jurukamera RTM Hingga Mati! @Mustapa_Mohamed @nikabdulaziz @abdulhadiawang

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Gua Musang 23 April - Muahams seorang jurukamera RTM meninggal dunia malam tadi akibat dipukul oleh penyokong Pas ketika Allahyarham meminta mereka mengalihkan kenderaan yang menghalang lalulintas ketika berkempen. 



Jurukamera itu dikatakan dipukul dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan. Menurut sumber, Muhamas dikatakan meminta seorang menyokong Pas mengalihkan kereta dihadapan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya sebelum kejadian pukul memukul tersebut berlaku. 

Selepas dipukul Muhamas dikatakan kembali ke rumah pada pukul 1.15 pagi dan mengadu sakit dada dan tidak sedarkan diri serta meninggal dunia sejurus itu. 

Ada laporan mengatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia kerana sakit jantung akibat dipukul beberapa orang penyokong Pas dan kini masih menunggu hasil bedah siasat pihak polis yang akan membuat sidang media hari ini. 

p/s - Penyokong Pas memang ganas dari dulu hingga kini, Islam diajar oleh Pas ialah mengganas!

3 comments:

  1. Dari Facebook rasmi PDRM sendiri...
    http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/592556954087949


    POLIS SAHKAN KEMATIAN JURUKAMERA SAMBILAN RTM KERANA SERANGAN JANTUNG

    Kota Baharu, 23 April - Polis mengesahkan kematian jurukamera
    sambilan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kelantan, Mohamed Yaakub, 61, di Gua Musang awal pagi hari ini adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

    Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

    "Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum Ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

    Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

    Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan pilihan raya umum ke-13 ini.

    "Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

    "Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

    Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

    "Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

    Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

    "Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya.- BERNAMA

    ReplyDelete
  2. Layakkah menjadi tentera sabil kalau menipu?

    ReplyDelete
  3. Mcm tntera dajjal ja sebar fitnah

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih