ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 6 March 2013

PANAS!! Kiram Spring Untuk Rakyat Filipina?

TS Filipina (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Manila, 5 Mac - "Ini merupakan kebangkitan Sultan Jamalul Kiram III. Kami melakukan ini atas nama rakyat Filipina," - Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani

Abraham juga mendakwa bahawa Sandakan juga menjadi zon pertempuran malam tadi ketika konflik di Filipina menemui jalan buntu. 

Abraham menafikan tentera sulu diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram sebaliknya tentera sulu dibantu oleh rakyat Filipina yang berada di Sabah. 

Pertempuran yang merebak dengan cepat ini adalah tidak dirancang kerana dibantu oleh rakyat Filipina sendiri sehingga mengorbankan anggota keselamatan Malaysia. 

Sementara itu Setiausaha Luar Filipina Rosario memberi jaminan untuk membawa kumpulan pengganas ini ke muka pengadilan dan mengenakan tindakan yang keras. 

"Rosario telah memberikan jaminan bahawa kerajaan di negaranya akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras terhadap pengganas dari Sulu ini.

"Bahkan, Rosario telah memanjangkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan juga rakyat Malaysia," - Anifah Aman Menteri Luar Malaysia

p/s - Kiram melihat kemajuan Sabah sehingga ingin menakluk Sabah semula dengan cara pertumpahan darah.


1 comment:

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih