PWTC 30 Nov - Fitnah bukan satu isu baharu dalam perjuangan politik pembangkang, namun RH tidak menyalahkan keseluruhan pembangkang kerana yang menyebarkan fitnah ini adalah Unit Media Pembangkang yang ingin populariti disamping ingin memburukkan imej pemimpin UMNO.
Fitnah ini terbukti apabila dua gambar diatas cuba dibandingkan namun RH tidak mahu mengulas mengenai gambar pertama tetapi gambar yang kedua iaitu pemimpin UMNO diiringi gadis-gadis yang kononnya mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012).
Gadis-gadis berkenaan ialah daripada ASWARA salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta dan gambar ini bukanlah gambar sewaktu PAU 2012 tetapi sebelum PAU 2012 iaitu Konvensyen anjuran Biro IPT dan Kelab UMNO Luar Negara untuk Mahasiswa IPTA dan IPTS seluruh negara.
Blogger pembangkang yang menyebarkan fitnah ini adalah blogger http://omakkau.blogspot.com yang ingin memburukkan imej pemimpin tertinggi UMNO. Blogger Omak Kau mungkin tidak menyedari terdapat 2 lagi YB di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Dato' Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT dan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara.
Gambar ini RH dapat kerana terdapat rakyat yang prihatin yang menghantar dalam inbox RH untuk memastikan kesahihan gambar ini, namun RH merahsiakan pemberi maklumat tersebut.
RH begitu yakin dan pasti mengenai dua gambar pembandingan tersebut kerana RH sendiri pergi melihat sendiri konvensyen anjuran Biro IPT dan Kelab UMNO Luar Negara ini, oleh kerana itu RH berani mengatakan gambar di atas bukanlah gambar PAU 2012 yang hangat di PWTC.