ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 10 January 2013

Hadi & Nik Aziz Ditolak Majlis Syura Ulama PAS? @abdulhadiawang @nikabdulaziz #KalimahAllah

Shah Alam 10 Jan - Hadi Awang dan Nik Aziz telah membelakangi Majlis Syura Ulama PAS apabila mengeluarkan kenyataan untuk membenarkan kalimah Allah ini digunakan oleh bukan Islam tanpa persetujuan bersama Majlis Syura Ulama PAS.

Walaupun Dr. Haron Din telah mengulas panjang mengenai penggunaan kalimah Allah ini yang tidak dibenarkan kepada bukan Islam namun Hadi tetap berdegil kerana tekanan DAP dan PKR.

"Kufur jika kita menyokong kalimah Allah digunakan pihak lain" - Dr Haron Din

Walaupun Majlis Syura Ulama PAS akan dijadualkan berlangsung pada 12 Januari ini namun Hadi telah membelakangi Majlis Syura ini dan seolah-olah peranan Majlis Syura ini diketepikan diatas kepentingan politik demi undi bukan Melayu.

PAS hanya menjadi "Pak Turut" kepada permainan politik DAP dan Anwar Ibrahim pada sidang media yang berlangsung semalam yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 

PAS sedar bahawa tanpa DAP mereka tidak akan ke Putrajaya kerana komposisi parti di Dewan Rakyat berpihak kepada DAP dan PKR. DAP memiliki 28 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 23 kerusi sahaja. 

Permainan licik pembangkang ini sebenarnya cuba mengalih tumpuan rakyat mengenai amanat Hadi yang telah banyak memesongkan akidah penyokong PAS dan terpaksa mencipta satu isu yang lebih besar daripada amanat Hadi supaya telinga dan mata masyarakat tertumpu pada isu kalimah Allah ini.

PAS terpaksa menggadaikan agama demi kepentingan politik kerana pembangkang tidak mempunyai isu untuk PRU-13 selain menggunakan jalanan pada 12 Jan ini untuk strategi terakhir supaya isu kalimah Allah ini terpadam dan akan timbulnya isu provokasi polis dan kekejaman pihak polis dalam himpunan kebangkitan rakyat nanti.

Berita Lepas : 

p/s - Hadi dan Nik Aziz keluar kenyataan demi politik, Dr. Haron Din keluar kenyataan demi Islam. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih