ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 19 November 2021

#PENDIDIKAN : ANUGERAH TOKOH BAHASA DITARIK BALIK KERANA #PLAGIAT

MELAKA : Anugerah Tokoh Bahasa Melayu telah ditarik semula kerana plagiat karya dari Indonesia Setia Naka Andrian yang disiarkan dalam buku kumpulan hasilnya berjudul Orang-Orang Kalang yang telah diterbitkan pada tahun 2017. 




Tindakan plagiat ini adalah tindakan paling keji dan satu jenayah dalam dunia akademik dan sastera. Turut didedahkan ialah sebuah karya Teratai Abadi didakwa diplagiat individu terbabit.

Sajak berjudul Mahukah engkau lelap sekejap dihalaman yang tiada pohon rendang yang disiarkan Dewan Sastera pada edisi Disember 2021 secara dalam talian ini telah dipadamkan oleh Dewan Sastera dan telah memuat naik permohonan maaf.

Susulan kes plagiat ini Pertubuhan Gerak Malaysia dan bilik Penyair tampil mendesak pihak berwajib mengekang jenayah plagiat setelah munculnya dakwaan tersebut.

Dalam kenyataan bersama pertubuhan tersebut juga berkata, tindakan penulis telah menciplak karya penulis Indonesia Setia Naka Andrian dalam Dewan Sastera Bil. 12/2021 juga merupakan tulisan pengkaji dan penulis lain yang diterbitkan dalam Majalah Pelita BAhasa selain beberapa tulisan lain. 

Petubuhan ini juga telah membuat 3 tuntutan kepada DBP :

1. Menyiarkan maklumat ralat kepada khalayak pembaca
2. Permohonan maaf kepada pemilik karya asal
3. Menyatakan butiran pesalah dan karya yang telah diciplak




"DBP (perlu) menyekat serta-merta kiriman karya daripada penciplak tersebut supaya masalah besar ini tidak lagi berlaku di masa hadapan."

"Kami menyeru para penggiat sastera daripada kalangan persatuan untuk bertegas mengeluarkan kenyataan dan menyedarkan masyarakat tentang kesalahan jenayah ciplak dan padahnya. Kami juga memegangi satu tekad bahawa jenayah ciplak wajib ditentang tanpa tolak-ansur," kata kenyataan tersebut."

"Sesungguhnya DBP menolak sebarang unsur plagiat dalam mana-mana bentuk penerbitan dan berharap semua pihak turut bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan sebelum menghantarnya kepada DBP.

"Menyedari akan kepentingan hal ini, sajak yang didakwa mempunyai unsur plagiat tersebut telah pun dikeluarkan dari majalah berkenaan," kata DBP. - sumber MalaysiaKini

Bagi mengecam tindakan Mohamad Asri Mat Husin (Wacana Minda) iaitu Setiausaha Agung PENYAIR Malaysia juga penerima Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan 2020 yang telah menciplak karya penulis lain. - Twitter Gerak Malaysia



Sehingga kini 100 individu peminat sastera negara termasuk Faisal Tehrani dan SM Zakir menyokong para penggiat sastera dalam kalangan persatuan bertegas dalam mengekang plagiat karya.

Walaupun Anugerah Tokoh Bahasa 2020 telah ditarik balik, namun tindakan tegas perlu diambil supaya kejadian plagiat dalam karya sastera tidak berulang kerana ini adalah satu jenayah dan memalukan pelbagai pihak kerana melibatkan karya negara jiran. 

p/s : Plagiat ialah satu jenayah dalam menghasilkan karya! Kes ini tidak melibatkan Anugerah Tokoh Bahasa 2021.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih