ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 25 April 2013

PANAS!! Seorang Petugas Cedera, Bilik Gerakan BN di Bom! @NajibRazak

TS Penang (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Nibong Tebal,  25 April - Seorang petugas parti cedera selepas satu letupan bom ketika ceramah Barisan Nasional (BN) sedang berlangsung yang dihadiri lebih 3000 orang. 

"Saya terdengar bunyi dentuman kuat diikuti sampah-sarap berterbangan sebaik sahaja letupan berlaku. Seorang lelaki pula dilihat cedera di kaki," 

"Mujurlah saya dan isteri tidak cedera dalam insiden itu, namun kami begitu terkejut dengan apa yang terjadi," - A. Micheal

Letupan berlaku pukul 10.15 malam di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 orang hadirin.

Seorang pekerja parti berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap kerana mendapat kecederaan di betis kanan akibat terkena serpihan sampah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Polis kini telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu suspek yang terlibat dalam insiden letupan bom dibilik Gerakan BN Nibong Tebal.

Ketua Polis Negara menyifatkan keadaan ini cuba menimbulkan suasana tidak aman dan huru hara dalam kempen PRU-13 yang sedang berlangsung.

"Saya nak bagi amaran sama ada individu atau mereka yang bertanggungjawab (dalam letupan) baik serah diri sebelum kita tangkap.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana ia melibatkan keselamatan orang awam. Saya bagi amaran jangan nak ganggu ketenteraman semata-mata kerana motif politik,"
 - Tan Sri Ismail Omar

p/s - Suasana tidak aman cuba dimainkan oleh sekumpulan individu pada PRU ke-13 kali ini, semua jentera dan ahli BN diminta berhati-hati. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih